Cara bayar ansuran rumah tanpa usik duit gaji sendiri

Apa nak buat kalau korang tiba-tiba ada masalah nak bayar ansuran rumah? Ye la, benda bukan kita boleh jangka pun.

Bagi yang belum tau, mesti la kena menggelabah dulu. Lepas tu, baru cari jalan penyelesaian. Tapi, Tok tau korang yang tengah baca sekarang takde perangai ni.

Tapi, Tok perhatikan memang ramai lagi yang tak tau pasal kelebihan ni.

Eh, korang boleh bayar ansuran rumah tanpa kacau gaji sendiri kot. Apa lagi yang korang nak?

Kalau nak tau, jemput baca perkongsian Tuan Hadi Mohamad yang Tok baca dekat The Coverage ni.

Duit habis sebelum hujung bulan, itu biasa

Pada pertengahan tahun 2012 masa nak berpindah ke rumah baru, banyak duit yang dah habis dibelanjakan untuk renovation (bukan major renovation), dan beli perabot yang perlu (bukan perabot mewah ya).

Natijahnya, duit simpanan saya mula menyusut dan kewangan bulanan saya hanya cukup-cukup makan.

Dan biasanya sebelum hujung bulan, duit dah habis.

Nawaitu di hati nak tambah duit simpanan semula dan masa tu, saya mula mencari jalan macam mana untuk saya bayar ansuran loan rumah, tanpa gunakan duit gaji sendiri.

Kalau berjaya buat yang ni, boleh la guna duit gaji tu untuk bina simpanan dan bayar segala apa yang perlu.

Betul boleh buat ke?

Orang kata, bila dalam kesusahan dan mengadu masalah kita kepada Allah, In Shaa Allah Dia akan bantu kita.

Entah macam mana. Masa melepak mengeteh dengan kawan saya, terbuka pulak topik ni.

Rakan saya bagitau yang dia pernah dengar, ada orang bayar ansuran pinjaman rumah tanpa gunakan duit gaji.

Macam mana caranya?

Caranya adalah dengan gunakan duit yang ada dalam EPF, atau KWSP.

Tapi, kawan saya tu tak tau secara mendalam tentang kaedah ini. Dan sebab nak tau sangat, saya terus ke pejabat KWSP esoknya juga tanpa buang banyak masa.

Ini ilmu yang saya dapat lepas selesai berguru dengan pegawai KWSP, dan telah saya praktikkan sendiri.

Paling kurang, gaji anda tak terusik selama 6 bulan

Tau tak? Kita boleh bayar ansuran bulanan pinjaman rumah gunakan duit daripada Akaun 2 dalam KWSP.

Syarat utama kelayakan adalah, kena pastikan jumlah duit dalam KWSP Akaun 2 dapat membayar sekurang-kurangnya 6 bulan ansuran rumah.

Saya sertakan sekali contoh kiraan supaya korang mudah nak faham:

Ansuran bulanan = RM2,000 sebulan,
Jumlah ansuran untuk tempoh 6 bulan
RM2,000 X 6 bulan =
RM12,000.
Bermakna, dalam KWSP Akaun 2 wajib kena ada paling kurang RM12,000 untuk melayakkan korang buat pengeluaran ini.

Kalau joint loan, jumlah kombinasi KWSP Akaun 2 antara suami dan isteri mesti cukup untuk bayar ansuran pinjaman rumah selama 6 bulan.

Nak cepat? Buat self collect

Selepas dah pastikan duit dalam KWSP Akaun 2 tu cukup (untuk buat pembayaran rumah selama 6 bulan), pergi pula ke bank yang luluskan pinjaman rumah korang tu dan minta ‘Housing Loan Statement.’

Mudah je. Cakap je dengan pegawai bank tu macam ni:

“SAYA NAK MINTA HOUSING LOAN STATEMENT UNTUK BUAT PENGELUARAN KWSP, UNTUK TUJUAN MEMBAYAR ANSURAN BULANAN PERUMAHAN.”

Untuk ni, bank akan minta kad pengenalan dan fingerprint je. Lepas tu, kerja korang tunggu je sampai statement tu siap.

Biasanya, benda ni akan telan masa seminggu hingga 2 minggu.

Korang boleh minta bank hantar statement tu terus ke rumah, atau kita boleh buat self collect dekat bank kalau nak cepat.

Antara maklumat penting dalam statement tu adalah maklumat peminjam, jumlah ansuran bulanan, nombor akaun, dan banyak lagi.

2 beza ‘status’ – Anda yang mana satu?

Salah satu maklumat yang penting dalam statement tu adalah ‘Status NPL.’

NPL membawa maksud Non Performing Loan.

Kalau status dekat situ tulis ‘NPL = TIDAK,’ maknanya kita adalah pembayar hutang yang bagus. Tak pernah bayar lambat, atau takde sebarang tunggakan.

Tapi, lain cerita pulak kalau status kat situ tertulis ’NPL = YA,’ bermakna rekod bayaran kita tak bagus.

Korang jangan risau. Kita tetap boleh buat pengeluaran KWSP Akaun 2, cuma cara KWSP bagi (disburse) duit tu agak berbeza:

NPL = TIDAK : KWSP akan release duit ke dalam akaun bank pilihan kita sendiri,
NPL = YA : KWSP akan release duit secara terus ke bank pemberi pinjaman.
Apa benda yang wajib anda sediakan?

Lepas dapat statement tu, korang boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan.

Saya lebih gemar ke cawangan Jalan Raja Chulan sebab pegawai-pegawai dekat situ, semuanya sangat knowledgeable, profesional, pantas, dan boleh advise banyak perkara yang kita tak tau pasal KWSP.

Dokumen yang diperlukan pada peringkat ini hanyalah Housing Loan Statement dan kad pengenalan je. Surat beranak semua tu, tak payah.

Pada hari ke-3, duit dah masuk ke dalam akaun kita.

Jangan lupa bagitau pegawai KWSP tu, yang kita nak buat pengeluaran untuk bayaran bulanan. Bukan pengeluaran untuk kurangkan baki hutang.

Ini penting, sebab ada beza antara kedua-dua perkara tu:

#1: Pengeluaran untuk pengurangan baki pinjaman

KWSP akan keluarkan satu lump sum amount mengikut kelayakan kita, dan bayar direct ke bank yang bagi kita loan tu.

Bank akan terima duit ni, dah terus potong jumlah loan kita. Tapi ansuran bulanan, kita tetap kena bayar macam biasa.

Teknik ni, sesuai untuk orang yang pinjaman perumahan dah tinggal sikit. So, langsaikan terus guna duit EPF yang ada.

Kalau pinjaman korang masih ada beratus ribu, teknik ni tak berapa sesuai.

Sebab jumlah pengurangan baki pinjaman tak banyak sangat pun, untuk kurangkan interest atau jumlah principle.

Lagipun, objektif kita adalah untuk lega sikit daripada belenggu kewangan untuk tempoh 6 bulan. Sebab dalam tempoh ni, kita tak payah bayar ansuran rumah guna duit gaji.

Ingat tak tujuan asal kita tadi?

#2: Pengeluaran untuk bayaran bulanan

Ini yang korang nak buat.

KWSP akan bank-in duit ansuran loan rumah ke akaun korang setiap bulan.

Kalau ansuran bulanan korang RM2,000, bermakna setiap bulan KWSP akan depositkan RM2,000 ke mana-mana akaun bank pilihan korang.

Bila dah dapat duit tu, sila bayar housing loan korang ya. Oh, dan lepas duit dah masuk dalam akaun bank, KWSP akan SMS korang untuk bagitau.

Semuanya sangat mudah.

Jangan pula joli katak duit tu

Dengan ada duit tambahan daripada KWSP ni, dapat la kita gunakan lebihan gaji tu untuk tambah balik simpanan yang susut teruk tadi, atau langsaikan segala hutang yang ada.

Nasihat ikhlas. Jangan pulak korang guna duit KWSP tu untuk benda yang bukan-bukan, membazir tak tentu pasal.

Fokus betul-betul kepada objektif kewangan masing-masing. Semoga perkongsian ni bermanfaat kepada korang yang belum tahu kemudahan yang dah lama ada dalam KWSP ni.

Team Get Rumah

 

Artikel diambil daripada: http://gilahartanah.com/cara-bayar-ansuran-rumah-tanpa-usik-duit-gaji-sendiri/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *