Kesilapan Yang Mengurangkan Nilai Jualan Semula Rumah Anda

Antara kesilapan yang kerapkali dilakukan oleh penghuni rumah yang mengakibatkan mereka susah mencari tenant seterusnya:

1. WALLPAPER YANG KETERLALUAN
Ini suatu kesilapan yang sangat biasa berlaku dia perumahan Malaysia kerana para penghuni ingat wallpaper dapat mencerahkan suasana rumah. Tapi, cara begitu sebenarnya salah. Wallpaper harus dipilih dengan hati-hati. Para penghuni digalakkan mengguna wallpaper yang hanya menutupi setengah dinding dan jangan guna untuk merangkumi satu rumah, kalau tidak ini dapat menyebabkan rumah nampak lagi kecil dan suram.

2. TERLALU BANYAK WARNA
Warna selalu dimasukkan apabila penghuni ingin mencerahkan tempat. Akan tetapi kadang-kala, kita terjadi terlalu excited pula dan makin lama makin menjadi pula ruang tamu kita. Dah jadi macam ada pelangi pula dalam rumah kita!

3. CORAK LANTAI
Lantai elemen penting selain daripada dinding kerana apabila kita masuk ke dalam rumah tapak kaki kita lah yang pertama menjejak ke dalam rumah tersebut. Walaubagaimanapun cuba elakkan daripada memilih berbagai-bagai corak untuk carpet atau tiles kerana design classic dan minimalis sebenarnya merupakan stail yang paling sesuai dan tahan lama untuk rumah.

4. TERLALU BANYAK SANGAT TREND
Pastikan apabila memilih tema untuk rumah penghuni hanya memilih satu sahaja – seperti moden, classic atau tradisional…

5. DAPUR YANG TERLALU PROFESIONAL
Meskipun dapur seperti dapur chef ini sentiasa cantik dan dikagumi ramai, tetapi ia tidak memberi feeling yang selesa untuk Ibu atau Mak Long memasak di dalamnya. It tidak mempunyai that homey feeling yang buat orang suka duduk di dapur lama-lama sambil borak tentang rumah cantik yang tengah dijual di Get Rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *