Ada Duit, Tapi Tak Tahu Nak Beli Rumah Baru atau Rumah Subsale?

Antara rumah baru yang lengkap dengan peralatan state-of-art dan reka bentuk dalaman yang moden, atau beli rumah second hand dengan reka bentuk yang lebih tradisional…

Mana satu yang korang akan pilih?

Dah tentu pemilihan ni bergantung kat objektif yang korang nak capai.

Tapi, biasanya akan ada 2 je. Sama ada korang nak buat duduk sendiri, atau nak buat sebagai pelaburan.

Dan dua-dua pilihan ni, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bagi yang tengah mencari jawapan, Tok jemput korang hadamkan perkongsian kat blog NuProp yang bermanfaat ini.

#1 : Subsale atau undercon – Mana satu lebih berbaloi?

Rumah yang baru dibina biasanya lebih mahal kalau dibandingkan dengan rumah yang dah sedia siap, dan ini berpunca daripada satu sebab utama:

“Dah nama pun rumah baru. Dah tentu la semua benda pun baru.”

Kalau rumah subsale (rumah second hand), harga ada potensi boleh dapat lebih murah.

Tapi, korang jugak kena bersedia untuk berdepan dengan kos lain pulak, seperti kos baik pulih dan lain-lain. Mungkin ada banyak barang yang terlampau lama yang dah tak releven.

Lagipun, kalau korang ada skil tawar-menawar, silap-silap boleh dapat harga lebih rendah dari market value semasa.

#2 : Macam mana dengan soal loan?

Biasanya, pemaju akan tawarkan pembiayaan (loan) untuk korang pilih. Sebab? Mungkin pembiaya tu anak syarikat mereka, atau mereka ada buat JV dengan mana-mana bank.

Kalau nak beli rumah subsale, korang sendiri kena cari loan. Tu sebab, lebih senang dengan adanya bantuan REN. Lagi-lagi korang yang baru pertama kali nak beli tu.

Sambil membeli, belajar la dengan mereka. Tanya apa yang patut. Ambil nota. Baru la melekat ilmu tu dalam diri.

Dan macam yang korang dah sedia agak, proses ni akan memakan masa.

Rumah yang korang nak beli tu, kena dapatkan penilaian dulu. Dah lepas penilaian, ada lagi proses seterusnya.

Tapi kalau dah memang rezeki korang dapat settle cepat, itu lain cerita.

#3 : Beli rumah subsale, takde waiting period (tempoh menunggu)

Dengan membeli rumah subsale, korang boleh terus pindah ke rumah tu. Tak payah nak tunggu-tunggu.

Kalau beli rumah undercon, biasanya korang akan kena tunggu paling kurang 2 tahun untuk siap dibina.

Tok faham, memang agak seriau bayar loan untuk rumah yang korang belum nampak depan mata.

Dah la nak kena tunggu lama. Kalau tak siap, tak ke masak korang?

Itu memang risiko korang kena tanggung bila beli rumah undercon. Tapi selagi pemaju tu ada track record yang baik, In Shaa Allah benda macam tu tak berlaku.

Dan korang jugak boleh dapat harga early bird, rebat, atau dapat kadar khas bila beli rumah undercon. Maaf, subsale takde benda macam ni.

Tapi…

Korang masih boleh berunding dengan penjual, atau minta ejen tu tanya penjual atau jadi wakil untuk buat rundingan harga.

Mana tau, boleh dapat beli harga below market value.

Nota: Alang-alang cerita pasal cara nak berunding dengan pembeli, Tok terasa macam nak cover topik ni pulak esok pagi. Kalau korang setuju, komen “NAK” dekat bahagian komen sekarang.

#4 : “Dengar cerita, ada kos ‘tersembunyi’ kalau beli rumah subsale…”

Mungkin ini yang jadi punca ramai orang tak berapa minat nak beli rumah subsale.

Macam yang korang semua dah tau, rumah subsale adalah rumah lama, rumah terpakai. Jadi, peralatan dan reka bentuk mungkin tak berapa kena dengan minat masing-masing.

Dan kalau ada kerosakan yang teruk dekat struktur rumah, atau kerosakan seperti paip bocor atau masalah anai-anai, memang kena buat proses selenggara.

Semua benda ni pulak, kalau nak betulkan, ada ‘pengeras’ yang korang kena bayar. Boleh jadi, agak tinggi jugak kos yang bakal terlibat.

“Dah la beli rumah. Nak kena keluarkan kos tambahan lagi untuk betulkan rumah. Macam-macam hal la bila nak beli rumah subsale.”

Tapi, tak bermakna korang tak boleh buat apa-apa. Kalau nak buat ubahsuai, buat yang boleh naikkan nilai rumah tu, supaya korang boleh buat untung bila jual balik.

Korang takkan ada masalah ni bila beli rumah undercon. Kalau ada kerosakan pun, korang boleh minta pemaju betulkan balik secara percuma.

#5: Salah satu sebab ramai orang muda suka beli rumah baru berbanding subsale

Ada juga sesetengah orang yang sukakan fleksibiliti dalam bab reka bentuk dalaman rumah.

Dan bagi rumah undercon, senang untuk pemaju berikan apa yang bakal pembeli mahukan.

Reka bentuk unit tu boleh diubah, kalau sesebuah projek tu dalam perancangan atau sedang dalam peringkat awal pembinaan.

Ramai yang anggap, rumah sebagai tempat yang mencerminkan rasa dan gaya hidup si pemilik. Ada juga yang mahu styling rumah tu, ikut sebijik macam apa yang dia nak.

Dalam kes rumah subsale, korang takkan dapat rasa kelebihan ni. Korang hanya dapat apa yang korang lihat je.

Kalau ada duit lebih, boleh la cerita nak renovate rumah, buat reka bentuk yang lebih updated.

Mungkin kalau nak beli sebagai duduk sendiri, takde masalah. Tapi untuk tujuan pelaburan, korang kena ambil kira tentang ni.

#6 : Macam mana pulak dengan bab layout rumah? Ada ke yang jenis moden?

Katakan, korang nak rumah dengan open concept, supaya korang boleh tengok anak-anak dekat ruang tamu semasa sediakan makan malam di dapur.

Korang hanya boleh jumpa layout macam ni dekat rumah moden je. Rumah lama, mungkin ada, tapi susah nak jumpa. Kena rajinkan diri mencari.

Kebanyakan rumah subsale, memang datang dengan reka bentuk tradisional. Mungkin agak susah nak padankan dengan gaya hidup masakini.

#7 : Kemudahan – Aset sesebuah kawasan kediaman

Sebelum buat keputusan membeli, korang kena tengok dulu kemudahan yang ada dekat situ.

Dalam projek perumahan baru (undercon), korang boleh rujuk pelan induk untuk tengok apa kemudahan yang pemaju tawarkan.

Ada tak kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, security guard, dan sebagainya?

Kalau banyak kemudahan ni dalam sesebuah projek tu, boleh jadi korang kena tanggung yuran penyelenggaraan (management fee) yang lebih tinggi.

Nak maintain semua tu, bukan guna bulu hidung.

Kalau kurang, bermakna kurang la yuran penyelenggaran yang korang kena tanggung. Kaji dulu benda ni sebelum korang buat sebarang keputusan membeli.

#8 : Jangan ada yang terlepas pandang perkara penting ini

Dah nama pun ‘rumah lama,’ tentu la ada material pembinaan yang dah mula ditelan umur dan membahayakan.

Dan korang wajib ambil tau pasal ni sebab libatkan soal keselamatan keluarga korang, atau bakal penyewa rumah tu).

Tok bagi contoh. Katakan, rumah yang korang beli tu berumur lebih 40 tahun yang lepas.

Mungkin cat yang digunakan pada masa tu mengandungi unsur lead (plumbum), yang bahayakan kesihatan anak-anak korang.

Mungkin juga terdapat asbestos dalam dinding, yang boleh jadi punca kepada penyakit kanser paru-paru kepada mereka yang terdedah.

Untuk projek kediaman baru, semua ini dipertimbangkan secara serius dan berhati-hati. Isu kesihatan dan keselamatan jadi keutamaan.

#9 : Dekat tak dengan pengangkutan awam?

Tak kira korang cari rumah dekat tengah bandar atau dekat dengan alam semulajadi (tempat yang tenang), akan ada rumah subsale atau undercon yang mungkin ada minat dalam satu masa.

Cuma, pembangunan kediaman baru lebih tertumpu di bandar, dekat dengan akses lebuhraya atau public transport – stesen kereta api, terminal bas, LRT, MRT, dan sebagainya.

Ini mudahkan ramai orang dekat situ berulang-alik dalam dan luar kawasan tu setiap hari. Senang. Dan korang boleh jimat banyak masa daripada kena mengadap traffic jam setiap hari.

Sama ada korang nak beli yang baru atau subsale, penting untuk korang kaji dulu keadaan dan kekuatan kewangan korang nak membeli rumah. Kalau pakai terjah je, makan diri nanti.

Rumah baru, datang dengan lebih banyak faedah. Tapi rumah subsale, kalau korang tau nak main macam mana, memang ada potensi tinggi untuk buat banyak duit.

Jadi, mana satu yang korang nak beli?

Artikel daripada http://gilahartanah.com/tak-tahu-nak-beli-rumah-baru-atau-rumah-subsale/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *